road rage

terasa pula macam nak menulis dalam bahasa melayu. ye la, jadi takkan nak menulis dalam bahasa inggeris saja kan? saya kena praktiskan bahasa ibunda ni. (maaf la yea kalau tunggang- langgang) eh hello... kalau saya fasih dalam bahasa mandrin ke, italian ke, jawa ke lama dah saya menulis dalam bahasa tu.. tetapi kamu semua tidak akan paham. heh!

okay, kali ini saya nak cakap pasal jalanraya and pemandu di sekitar kawasan kuala lumpur. adoi, buat stress jadinya. saya ni ibaratkan drebar setiap hari. saya sentiasa on-the-go. iye la, dah jadi macam kerja sampingan. pelbagai ragam memandu sudah saya lihat.. sampai bosan dibuatnya.

saya tidak suka apabila:
1. orang yang suka double park. eee tak suka tau tak.
2. orang yang suka main masuk jalan apabila tak sepatutnya.
3. orang yang letak lampu high beam bila drive pada waktu malam.
4. orang.yang.tak.tahu.nak.beri.lampu.signal.
5. orang yang pandu macam jalan bapak dia.

(mungkin ada lagi, tapi tak tahu nak tulis apa dah)

saya rasa saya akan berakhr di sini sahaja buat masa sekarang. kepala saya dah berserabut dah ni. penat.. esok kena kerja lagi.

yea, saya pun rindu sama awak





No comments: